Sunday, August 29, 2010

RiNdU daN rUaNg BuAt AkU jAdI pErInDU yG SetIa

Di sebalik kaca matamu ada sepasang mata yang aku rindu..
di sebalik senyumanmu ada makna pengharapan...
aku rindu kamu..
sepi malam mengundang kegelisahan..
diri dirantai kasihmu..
hati dirantai rindu yang berpanjangan..
aku jadi resah sepi dan hiba..
kamu yang aku sayang jauh di mata…
Namun kamu tetap dekat dihatiku..
sepi malam mengoncang keimananku..
hati kewanitaanku terusik jua..
tapi apalah kudrat..aku hanya mampu merinduimu
inilah hari-hariku
kupujuk hati yang lara..
kubelai memori kita..
memori yang indah dan teramat indah..
buat pengubat di kala rindu…
menanti engkau pulang…….
melepaskan seksa sebuah rindu...

HaRgAiLaH iStERi........

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


RiNdU

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Perkahwinan Jarak Jauh ( PJJ)

....... PJJ satu istilah baru yang harus aku lalui..... PJJ singkatan untuk para pasangan seperti aku... perkahwinan jarak jauh.... dulu sebelum aku kawin... bila dengar je member2 yang terpaksa berjauhan nga suami pas kawin.. aku mengeluh n tolong simpati untuk mereka kerana walaupun dah kawin....still terpaksa berjauhan.... namun PJJ jua berlaku dalam episod hidupku.....

ermm walaupun aku xsanggup untuk buat PJJ tapi aku terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi... DIA yang tahu isi hatiku ini........ :) aku tetap bersyukur dengan apa yang terjadi ke atas diriku n suami.... kami akan cuba menjalani hidup bahagia sebagaimana dengan pasangan yang lain...

aku selalu berdoa agar DIA memudahkan pertukaran suamiku ke semenanjung agar kami dapat melayari alam rumahtangga sebagaimana pasangan yag lain..... aminnnnnn.....:)

Namun walaupun PJJ ......hubungan kami tetap bahagia.... aku n suami cuba untuk membahagiakan perhubungan jarak jauh kami ini sebagai satu kemanisan..... rindu umpama tiada sempadan bila kami berjauhan.....

Saturday, August 28, 2010

1 Ramadhan...

Hari ni dah satu Ramadhan...... pertama kali berpuasa sebagai isteri.... namun aku masih lg xmampu untuk mengecapi ramadhan ini bersama suamiku.....sedih hanya DIA yang tahu... tp aku harus bersabar dengan ujian ni.... kerana aku tahu aku tabah dalam mengharungi ujian yang diberikan untukku sebagai hambaNYA.......

Hari2 ramadhan aku berada di rumah sewa... bersama-sama kawan ku Izzati.... kami dah macam adik beradik.... sentiasa bersama2... aku suka berkawan nga dia.... dia seorang teman yang baik n jujur.... tiap2 petang khamis aku akan pulang ke rumah di tumpat.... sejak puasa ni aku masih tidak lagi ke rumah mertuaku..... :(

Ramadhan pun semakin ke penghujungnya..... aku sayang nak lepaskan ramadhan pergi... kerana kita masih tidak tahu yang adakah kita akan merasa kesempatan n kenikmatan ramadhan yang akan datang.... aku sentiasa panjatkan doa agar aku akan berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan sekaligus dapat menyambut ramadhan itu bersama suamiku..... :)

Sunday, August 15, 2010

08/08/2010

08/08/2010 (Ahad)

hari ni adalah hari ulang tahunku yang ke 26..... best sgt kerana aku dpt sambut besdayku nga insan tersayang.... hubbyku balik bercuti.. so pd hari ni aku dapta bersamanyer... happy ssgt... hhehhe... pertama kali sambut besday nga suami tercinta... tiada hadiah yang paling berharga selain daripada dirimu di hari ulang tahunku sayang.. tq hubby kerana kau membahagiakan ku... walaupun sesaat bersamamu, aku bersyukur kerana masih ada lagi ruang n masa untuk kita bersama....... :) kenangan ni akan aku abadikan dalam sanubariku sampai bila2.. tq sayang....... aku amat menyayngi n mencintaimu.... terima kasih kerana membahagiakan aku... aku bahagia disampingmu.. walaupun jarak antara kita masih jauh.. namun kau n aku sentiasa dekat dihati.... aku tahu ada ganjaran oleh NYA untuk kita suatu masa nanti..........

Cameron Highland....























01/08/2010


pAS konvo najwan kami bertolak ke Cameron.... bermalam kat sana.... cam best je.... tp lau hubby ade kan best... ermmmm.. :(... aku kadg2 teruja sgt nga ujian yang aku terpaksa tempuh ni.. aku perlukan mereka yang boleh menenangkan aku saat aku terlalu rindu akan "dia'... walau pun semua org disekelilingku cuba untuk menghiburkan aku tp jauh disudut hati aku amat memerlukan dia disaat kami bergembira..... namun aku cuba untuk menghiburkan hatiku dengan semua mereka yang memahami situasi n keadaan ku pada saat ini......... :)

perjalanan ke CH buat aku naik pening... maklum la pertama kali berpeluang ke CH... hikhik... jalan dia pusing2 sampai aku pun naik pening n loya... ahakssss..... aku memang yang xsuka berjalan..tu cepat pening bila jalan jenis yang pusing2... takut pun ader.... hikhik...

kul 9 malam kami sampai ke homestay Lily.... best la jugak... sejuk tu boleh tahan lagi.. tp aku ni jenis yang penyejuk.. jd xtahan la nga kesejukan yang teramat sgt tu... nak tido pun xboleh coz sejuk sgt... mengigil2 rasanyer... hehehee...

pagi2 dah bangun... tolong mertua siapkan sarapan n bekal untuk makan dalam perjalanan balik kelantan....

dalam perjalanan kami singgah la kat area2 CH itu, beli n jamu mata kat situ untuk dijadikan ole2 untuk family kat kg..... hehhe..... namun xder pe yang menarik untuk aku bawa balik.. sedikit cenderahati untuk adik2 n rakan kat pejabat jer......... :)

jalan2...




















30/7/2010 hingga 01/08/2010

ermmm tarikh ni ikut kluaga mertua ke perak... ke majlis konvo adik iparku.. Najwan... perjalanan jauh yang menghiburkan w/pn kadang2 aku rasa sedih cozzz my hubby xde bersama saat ni..
mula2 aku kurang selesa bila bersama2 nga saudara hubby... tp lama2 aku dah boleh join nga mereka semua....

dari rumah kami bertolak ke perak.... senja sampai di tempat penginapan yang telah disewa khas untuk kami semua berehat... seronok jugak........ keesokan harinya pagi2 lagi aku ikut mertua ke tempat adik iparku konvo sampai tengahari majlis tu berlangsung... kenangan konvoku kembali menerjah dikotak ingatanku.... aku pergi konvo sorang2 je tanpa ditemani oleh familyku.... saat tu famlyku terpaksa menjaga arwah nenekku yang terlantar sakit... so aku terpaksa pergi konvo sorang2... sedih sgt tp aku faham situasi ibu n ayahku... tp yang buat aku gembira... aku ditemani oleh kawan baikku iaitu nasiha... masa tu xder perasaan gembira kerana saat tu aku masih ada kawan yang sudi menemani hari konvoku.... tq cik are atas layanan n susah payah bersamaku di hari kemenanganku... hikhikhik...ermmm citer sedih lak aku ni... huhuhu.........:)

ermmm

lamanyerr x buka blog... hehhee.... xder idea nak coret kat laman ni...ermmmmmmmm... hehehe