Sunday, April 24, 2011

"eXcItEd"

***** semalam masa kuar rehat, ambik peluang ke klinik swasta jap... rasa teruja sgt nak g scan kandunganku yang dah berusia 32 minggu ni... teruja je nak tengok keadaan my baby kat dalam sana.. ya la bila ia bergerak jer... aku happy sgt.... xleh nak gambarkan macamner happy nya bila janin ku bergerak... sekarang kuat sangat ia menendang2... ermm agak2 my baby ni lelaki.... aktif semacam jer.... tp aku n suami xkisah bakal permata hati pertama kami nanti puteri or putera, janji my baby sihat n selamat jer... tu harapan aku n my hubby.....

**** ermm berbalik pd tujuan g klinik td.. aku mintak doktor scan tuk lihat keadaan babyku... dan Alhamdullilah keadaan baby ku normal n baik2 aje... sukanya tgk organ2 yang ditunjukkan oleh doktor... saat tu aku dah rasa bahagianya perasaan seorang ibu...... doktor cuba untuk dapatkan status jantina babyku sama ada boy or girl..... lama doktor cuba intai2..... :)
akhirnya nampak jua.... jantina babyku doktor sahkan adalah perempuan..... patut la doktor kata cam pemalu jer nak tunjuk jantina.. upe2nya baby ummi ni perempuan...... :) aku hanya bersyukur kerana keadaan kandunganku normal.... doaku agar kandungan n babyku sihat n selamat sehingga tiba tarikh due ku nanti....

*** Amin**

Tuesday, April 12, 2011

Syukur Alhamdulillah.. :)

***** Alhamdulillah, aku mula stabil dan enjoy ‘my pregnancy’ bila dah masuk bulan ke-6 dan 7..aku mula kuat makan dan rasa seronok tak terkata bila pertama kali merasa tendangan ‘baby’ tersayang..’cute’ sangat rasanya..tak sabar nak tunggu dia keluar..Amalan dan pemakanan sepanjang mengandung memang aku kena jaga..walaupun aku selalu sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami dari awal kandungan sehinggalah sekarang.... Ibu dan ayahku selalu berpesan agar aku sentiasa mengamalkan membaca Surah Maryam,Surah Yusof dan surah Luqman agar ia menjadi peneman aku di kala aku lemah dan tidak bersemangat. Alhamdulillah berkat nasihat kedua orang tuaku aku tabah dalam mengharungi detik2 ni.. sekarang dah xsabar nak tunggu permata hati ku kuar..... semoga nanti ia akan menjadi anak yang kuat semangat dan tabah... Amin**********

ShoPpiNg

Setelah usia kandunganku mencecah ke angka 7 bulan, aku n hubby terlalu teruja untuk menyediakan kelengkapan untuk bakal baby kami nanti.... walaupun status jantina masih tidak diketahui oleh kami, ia tidak menghalang untuk kami menpersiapkan seawal mungkin barang2 untuk bakal permata hati kami... wow...... terujanya saat menjejak kaki kali pertama di ruangan "baby"..... semua yang bakal menjadi ibu seperti aku mungkin merasa sangat teruja saat berada di ruangan baby... begitu jua aku... semua benda aku nampak sweet sgt.. mula berangan2 bila ia digunakan oleh baby kami nanti..... aku tersenyum sendirian bila melihat suamiku jua cam teruja memilih barang2 untuk baby kami nanti..... aku sungguh bahagia dengan kebahagian yang diberikan oleh NYA untuk kami.... semoga bayiku nanti turut menerima kebahagian yang kekal bersama kami.... :)

Anugerah Illahi

******Pemberian yang terlalu indah untuk aku n suami adalah setelah aku hamil setelah 4 bulan kami kawin..... walaupun usia perkahwinan yang terlalu awal.... tapi kami tetap bersyukur setelah aku dapati aku hamil..... macam2 dugaan yang terpaksa aku jalani dalam keadaan ku yang mula rasa tidak selesa disebabkan pembawakan budak.... tambahan semasa aku mengetahui berita gembira ini, suamiku berada jauh di sarawak..... namun kami tetap bersyukur dengan Anugerah yang dikurniakan olehNYA kepada kami...... mungkin jua rezeki ini mampu mengeratkan hubungan jarak jauh kami*****

****Syukur jua ke hadrat Illahi dengan berita ini kami dapat lagi berita yang paling gembira di mana rayuan suamiku untuk balik berkhidmat di semenanjung diluluskan walaupun masih lagi berjauhan..... Grik, Perak adalah tempat kedua suamiku mengajar.... mungkin ada hikmah di sebalik ini... hanya DIA yang mengetahui..... kami tetap bersyukur.... Amin

April

April oh april..... cepatnya masa berlalu, bulan april dah hampir ke penghujungnya..... semoga hari2 yang aku lalui sepanjang tahun ini dan seterusnya diberkati olehNYA... sekarang usia kandunganku dah masuk 8 bulan..... aku bersyukur kepada NYA kerana memberi peluang untuk aku merasa apa yang telah dirasai oleh ibuku semasa mengandungkan aku serta tujuh adik2 ku yang lain... begitu tabahnya maa dalam mengharungi setiap kepenatan semasa mengandungan kami.... aku yang baru kali pertama sudah banyak kali menitiskan air mata setiap kali penat yang datang menerjah diriku saban hari......semoga Allah berikan aku kekuatan sehingga bayiku selamat di lahirkan nanti....

Sunday, January 23, 2011

2011

2011 dah lama menyingkap tabirnya.... lama dah xlayan blog ni.... ni baru ada kesempatan untuk mengadap buka laman nie..... tahun 2011 ni aku harap banyak kenangan indah tercipta dalam memori hidupku... ermmm aku semakin sihat dan kandunganku juga semakin sihat.... sekarang dah masuk 5 bulan... mcm2 yang dapat aku rasakan saat nie.. ni lah yang dikatakan pengalaman yang paling menyeronakkan bila dapat tahu aku akan menjadi seorang ibu... orang pertama yang paling gembira bila tahu aku hamil mestilah suamiku.... alhamdullilah rezeki anak katakan... suamiku sekarang dah dapat balik mengajar di semananjung walaupun masih bukan rezekinya di tempat kelahiran kami.. dibumi kelantan... tapi kami tetap bersyukur dengan pertukaran suamiku di perak... sekurang2nya seminggu @ 2 minggu sekali suamiku dapat pulang ke kg... :)