Sunday, October 10, 2010

10.10.10.....

wah cantiknyer tarikh ni.... ermm pada tarikh ni jua aku terlalu happy...aku akan hadiahkan pada suami tersayang hadiah yg paling berharga.... aku harap hubby suka akan hadiah yang aku akan berikan ni....tp ia masih terlalu awal untuk dihebahkan pada semua orang..... tp masa akan menentukan segalanya.... sekarang aku berdoa agar impian ku dimakbulkan olehnya..... aku pun masih dalam kesamaran adakah ia benar milik kami ataupun masih menjadi harapan.... tunggu masa yang sesuai baru terjawab semua yang aku fikirkan selama ni..... :)

KiNI BeRJaUhaN lAgi.....

errrrmmmm 2minggu my hubby pulang cuti raya... kini b terbang lagi.... aku akan jadi perindu yang setia setiap kali kami berjauhan.... ermmm kadang2 aku berfikir sampai bila semua ini akan berkahir.... aku impikan untuk hidup seperti pasangan yang lain... sentiasa bersama di saat duka n suka..... :(

perasaan happy setiap kali bersama tak dapat aku gambarkan.... hanya mereka yg senasib dengan ku je memahami hatiku ini.... rindu sentiasa mekar dalam hatiku.......doaku agar aku n suami dapat bersama suatu hari nanti...... semoga Allah makhbulkan impian kami.... InsyaAllah..
AMIN.......... :)

syawal...

wah.... lama nyer aku xcoretkan per2 kat cini.... tiba2 jer rindu nak luahkan hati kat cini.... heehe... syawal tahun ni... pertama kali aku beraya nga suami tercinta n kuarga mertuaku.... happy sgt.. kluaga semakin bertambah..... aku sayangkan semua mereka... dan ku jua harap mereka menyayangiku jua.......

tema raya tahun ni aku n suami pilih warna biru... ermmm warna tu aku suka... suami pun ok jer..... dia pun suka akan warna tu... jadi kami xder masalah dalam penetapan warna untuk tema raya tahun 2010..... :)

Sunday, August 29, 2010

RiNdU daN rUaNg BuAt AkU jAdI pErInDU yG SetIa

Di sebalik kaca matamu ada sepasang mata yang aku rindu..
di sebalik senyumanmu ada makna pengharapan...
aku rindu kamu..
sepi malam mengundang kegelisahan..
diri dirantai kasihmu..
hati dirantai rindu yang berpanjangan..
aku jadi resah sepi dan hiba..
kamu yang aku sayang jauh di mata…
Namun kamu tetap dekat dihatiku..
sepi malam mengoncang keimananku..
hati kewanitaanku terusik jua..
tapi apalah kudrat..aku hanya mampu merinduimu
inilah hari-hariku
kupujuk hati yang lara..
kubelai memori kita..
memori yang indah dan teramat indah..
buat pengubat di kala rindu…
menanti engkau pulang…….
melepaskan seksa sebuah rindu...

HaRgAiLaH iStERi........

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


RiNdU

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Perkahwinan Jarak Jauh ( PJJ)

....... PJJ satu istilah baru yang harus aku lalui..... PJJ singkatan untuk para pasangan seperti aku... perkahwinan jarak jauh.... dulu sebelum aku kawin... bila dengar je member2 yang terpaksa berjauhan nga suami pas kawin.. aku mengeluh n tolong simpati untuk mereka kerana walaupun dah kawin....still terpaksa berjauhan.... namun PJJ jua berlaku dalam episod hidupku.....

ermm walaupun aku xsanggup untuk buat PJJ tapi aku terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi... DIA yang tahu isi hatiku ini........ :) aku tetap bersyukur dengan apa yang terjadi ke atas diriku n suami.... kami akan cuba menjalani hidup bahagia sebagaimana dengan pasangan yang lain...

aku selalu berdoa agar DIA memudahkan pertukaran suamiku ke semenanjung agar kami dapat melayari alam rumahtangga sebagaimana pasangan yag lain..... aminnnnnn.....:)

Namun walaupun PJJ ......hubungan kami tetap bahagia.... aku n suami cuba untuk membahagiakan perhubungan jarak jauh kami ini sebagai satu kemanisan..... rindu umpama tiada sempadan bila kami berjauhan.....

Saturday, August 28, 2010

1 Ramadhan...

Hari ni dah satu Ramadhan...... pertama kali berpuasa sebagai isteri.... namun aku masih lg xmampu untuk mengecapi ramadhan ini bersama suamiku.....sedih hanya DIA yang tahu... tp aku harus bersabar dengan ujian ni.... kerana aku tahu aku tabah dalam mengharungi ujian yang diberikan untukku sebagai hambaNYA.......

Hari2 ramadhan aku berada di rumah sewa... bersama-sama kawan ku Izzati.... kami dah macam adik beradik.... sentiasa bersama2... aku suka berkawan nga dia.... dia seorang teman yang baik n jujur.... tiap2 petang khamis aku akan pulang ke rumah di tumpat.... sejak puasa ni aku masih tidak lagi ke rumah mertuaku..... :(

Ramadhan pun semakin ke penghujungnya..... aku sayang nak lepaskan ramadhan pergi... kerana kita masih tidak tahu yang adakah kita akan merasa kesempatan n kenikmatan ramadhan yang akan datang.... aku sentiasa panjatkan doa agar aku akan berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan sekaligus dapat menyambut ramadhan itu bersama suamiku..... :)

Sunday, August 15, 2010

08/08/2010

08/08/2010 (Ahad)

hari ni adalah hari ulang tahunku yang ke 26..... best sgt kerana aku dpt sambut besdayku nga insan tersayang.... hubbyku balik bercuti.. so pd hari ni aku dapta bersamanyer... happy ssgt... hhehhe... pertama kali sambut besday nga suami tercinta... tiada hadiah yang paling berharga selain daripada dirimu di hari ulang tahunku sayang.. tq hubby kerana kau membahagiakan ku... walaupun sesaat bersamamu, aku bersyukur kerana masih ada lagi ruang n masa untuk kita bersama....... :) kenangan ni akan aku abadikan dalam sanubariku sampai bila2.. tq sayang....... aku amat menyayngi n mencintaimu.... terima kasih kerana membahagiakan aku... aku bahagia disampingmu.. walaupun jarak antara kita masih jauh.. namun kau n aku sentiasa dekat dihati.... aku tahu ada ganjaran oleh NYA untuk kita suatu masa nanti..........

Cameron Highland....























01/08/2010


pAS konvo najwan kami bertolak ke Cameron.... bermalam kat sana.... cam best je.... tp lau hubby ade kan best... ermmmm.. :(... aku kadg2 teruja sgt nga ujian yang aku terpaksa tempuh ni.. aku perlukan mereka yang boleh menenangkan aku saat aku terlalu rindu akan "dia'... walau pun semua org disekelilingku cuba untuk menghiburkan aku tp jauh disudut hati aku amat memerlukan dia disaat kami bergembira..... namun aku cuba untuk menghiburkan hatiku dengan semua mereka yang memahami situasi n keadaan ku pada saat ini......... :)

perjalanan ke CH buat aku naik pening... maklum la pertama kali berpeluang ke CH... hikhik... jalan dia pusing2 sampai aku pun naik pening n loya... ahakssss..... aku memang yang xsuka berjalan..tu cepat pening bila jalan jenis yang pusing2... takut pun ader.... hikhik...

kul 9 malam kami sampai ke homestay Lily.... best la jugak... sejuk tu boleh tahan lagi.. tp aku ni jenis yang penyejuk.. jd xtahan la nga kesejukan yang teramat sgt tu... nak tido pun xboleh coz sejuk sgt... mengigil2 rasanyer... hehehee...

pagi2 dah bangun... tolong mertua siapkan sarapan n bekal untuk makan dalam perjalanan balik kelantan....

dalam perjalanan kami singgah la kat area2 CH itu, beli n jamu mata kat situ untuk dijadikan ole2 untuk family kat kg..... hehhe..... namun xder pe yang menarik untuk aku bawa balik.. sedikit cenderahati untuk adik2 n rakan kat pejabat jer......... :)

jalan2...




















30/7/2010 hingga 01/08/2010

ermmm tarikh ni ikut kluaga mertua ke perak... ke majlis konvo adik iparku.. Najwan... perjalanan jauh yang menghiburkan w/pn kadang2 aku rasa sedih cozzz my hubby xde bersama saat ni..
mula2 aku kurang selesa bila bersama2 nga saudara hubby... tp lama2 aku dah boleh join nga mereka semua....

dari rumah kami bertolak ke perak.... senja sampai di tempat penginapan yang telah disewa khas untuk kami semua berehat... seronok jugak........ keesokan harinya pagi2 lagi aku ikut mertua ke tempat adik iparku konvo sampai tengahari majlis tu berlangsung... kenangan konvoku kembali menerjah dikotak ingatanku.... aku pergi konvo sorang2 je tanpa ditemani oleh familyku.... saat tu famlyku terpaksa menjaga arwah nenekku yang terlantar sakit... so aku terpaksa pergi konvo sorang2... sedih sgt tp aku faham situasi ibu n ayahku... tp yang buat aku gembira... aku ditemani oleh kawan baikku iaitu nasiha... masa tu xder perasaan gembira kerana saat tu aku masih ada kawan yang sudi menemani hari konvoku.... tq cik are atas layanan n susah payah bersamaku di hari kemenanganku... hikhikhik...ermmm citer sedih lak aku ni... huhuhu.........:)

ermmm

lamanyerr x buka blog... hehhee.... xder idea nak coret kat laman ni...ermmmmmmmm... hehehe

Tuesday, June 29, 2010

ntah ape-ape?

ermmm hari ni betul2 boring..... xtau nak buat pe.... layan fb pun boleh boring jugak.. huhuhu.... ermmmm rasa ngatuk je memanjang.. tp bila tido cam xleh lena sgt.....
nape ye???... pening den pikir2... boleh naik darah ni... hehhehe... :)

ermmm rindunye kat kawan2 lama... semalam masa nak tido.. tgh layan feeling tiba2 teringat zaman sekolah lu.. rindunye kat kawan2 SMKDBW Tumpat..........yang pasti kenangan kat umah sewa terlalu aku rindui........... tiba2 je air mata laju kuar bila terbayang setiap seorang wajah kawan2 ku.... are,one,uder,na,ehair,kakg,mcdah'z...........rindu sangat kat ko orang... bila agaknye kita dapat jumpa semua dalam satu masa.........agar rindu ni terubat...... :(... kenangan indah zaman tu sentiasa melekat kat sanubariku...... ku harap semoga kalian happy sokmo..... miss u dear......

Wednesday, June 23, 2010

RinDunyeRRR

23/06/2010.......... hari ni dah 3 hari aku deman dan selsesma..... penat n tak larat sangat.... tp datang jugak kerja coz dah 2 minggu cuti... asyik cuti je nanti marah kat bos lak.. hehhe...

deman rindu ni.... hahahha.... rindu kat hubby.... biasa ok je bila berjauhan... macam xpernah berjauhan sebelum ni... tp berjauhan pas kawin aura dia tu lain sikit... tu sampai deman2.. kelakar jugak bila fikir sorang2...... hehehhe....

kepada hubby, walaupun kita berjauhan.... hati kita tetap dekat... betul tak ? hahhaa.... xsabar rasanya nak tunggu cuti sekolah kembali lagi.... nak jumpa hubby lak.... huhuhu...... bila teringat je mula laa air mata nak kuar... teruk betoi laaaa.......... asyik nak nangis je... cam budak-budak je aku ni..... kelakarnyeeeeerrr........

********** luv n miss u sayang**************

Tuesday, June 22, 2010

hAtIkU mEnAnGiS jUA !!!!!

20/06/2010 Ahad

pagi2 lagi aku dah bangun untuk menunaikan solat subuh... lantas aku berdoa agar DIA kuatkan dan tabahkan hatiku agar aku dapat menempuh saat perpisahan dengan suamiku..... Pagi ini suamiku akan terbang ke Sarawak untuk memulakan sesi persekolahan.....

Saat bertolak ke lapangan terbang kota bharu, hati ku cukup sayu dan sedih.... baru je seminggu bersama dengan suami tercinta, kami terpaksa berjauhan lagi, aku redha dan ia mungkin hanya sementara je.......... aku tidak mampu menoleh lama ke arah wajah suamiku.... perasaan ku begitu sedih........ aku jua tahu perasaan dia jua begitu.......

Aku sudah berjanji pada diriku yang aku tidak akan menangis saat menghantar suamiku ke balai berlepas..... saat aku menyalami tangannya..... kelopok mataku berair namun aku mampu sekat agar suamiku tidak melihat akan kesedihanku ni... hanya dalam hati aku menangis hiba... pilu rasanya saat itu hanya Allah saja yang tahu....... Beratnya hatiku untuk berjauhan dengan insan yang paling aku sayangi dan cintai......

"Majlis Bertandang"




14/06/2010 Isnin


Hari ini majlis menyambut menantu diadakan di rumah suamiku di Pasir Mas..... lebih kurang 10 buah kereta dari pihak ku menghantar ku ke rumah mertuaku.......

Dengar je paluan kompang mengiringi ku & suami.. hatiku mula sayu & sedih.... saat ni lepaslah tanggungjawab ma & wan terhadap diriku... aku perlu menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ister kepada suamiku.... perasaan bimbang menyelubungi hatiku "adakah aku mampu menjadi isteri yang baik untuk suami & menantu terbaik untuk mertuaku ? aku berdoa agar semua yang aku dan suami impikan selama ini termakbul..... Aminnnnnnnn

Hari Bersejarah Shah & Adda


12/06/2010 ` sabtu`

ermmm hari persandingan antara Shah & Adda........ Majlis sederhana tapi cukup meriah yang akan aku kenang sampai bila2......

kepada semua yang bersama-sama menjayakan majlis ini akan ke ingat sampai bila-bila.. jasa kalian tidak dapat ku balas dengan wang ringgit, hanya Yang Maha Esa dapat membalasnya..... terima kasih yang tidak terhingga kepada ma & wan ku yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya..... jasa mu tak akan kau lupakan... doakan kebahagian along dan shah agar kami bisa mengharungi alam rumahtangga sebagaimana wan & ma harungi dalam usaha membahagiakan anak-anakmu.............

ucapan jutaan terima kasih kepada semua kawan2ku yang menghadiri majlis perkahwinanku serta memeriahakan majlisku pada hari itu...... terima kasih buat cikgu Asnida dan cikgu Rohani kerana kalian sudi hadir ke majlis ku..... kepada kawan2 yang tidak dapat hadir ke majlis ku jangan bersedih hati.... hehhe... aku memahami masalah korang.... nt ada masa kita akan jumpa dan kongsi pelbagai cerita..... ketahuilah aku amat merindui mu sahabatku...........

----------end---------

Muhammad Danish Asyraaf bin Zulkifli











Hari ni tanggal 11/06/2010 jumaat, tepat jam 6.06petang lahir seorang 'hero' cilik dalam keluarga Tok Wan Omar & Lah.....

saat semua ahli keluarga kalut dan sibuk untuk menyiapakan persiapan hari bahagiaku... adikku wani gelisah kerana ada tanda-tanda ingin bersalin... aku lihat kegusaran hati ma & wan ku saat wani di bawa ke hospital..... bibirku tidak lepas berdoa agar DIA mempermudahkan proses kelahiran adik tersayangku..... dalam kekalutan membuat persiapan terakhir untuk majlis bahagiaku...

ma menerima panggilan telefon daripada ibu saudaraku yang menyatakan wani selamat melahirkan bayi lelaki yang seberat 2.7kg tepat jam 6.06 petang pada tanggal 11/06/2010.... aku hanya mampu tersenyum tanda kegembiraan........ kebetulan saat perkhabaran itu dikhabarkan suamiku ada bersamaku dan kami bergegas ke hospital untuk menyambut kehadiran pytera cilik dalam keluarga aku... ma & wan sangat gembira sambil menyatakan yang beliau mendapat dua org baru dalam satu masa.... menantu dan cucu sulung.....

Putera itu diberi nama Muhammad Danish Asyraaf bin Zulkifli....... aku sentiasa doakan kebahagian wani & zul.... didiklah Asyraaf agar menjadi anak yang soleh..... Amin....

Monday, June 21, 2010

Sunday, June 20, 2010

Lafaz termeterai, janji diikat... Shah & Adda bersatu....







08062010 Selasa adalah salah satu tarikh yang penting dan terindah dalam hidup ku... dimana pada hari ni aku sah menjadi isteri kepada insan yang tercinta iaitu Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Shamsuri...............

Air mataku gugur saat ayahku yang ku panggil Wan meminta izin untuk menikahkan aku dengan Mohd Shahrul Nizam... aku lantas mengucup tangannya memohon restu... aku lihat wajahnya.. ada air mengalir dikelopok matanya..... mungkin wan sedih untuk melepaskan aku.... huhuhu.... "wan jangan sedih along percaya shah mampu menjaga along sebagaimana wan n ma menjaga dan menyayangi along selama ini.....

Saat mendengar lafaz jawab nikah dan lafaz taklik oleh shah setitis air mataku gugur kerana aku sudah sah bergelar isteri kepadanya... saat bersalaman dengan suamiku... hatiku berasa begitu syahdu kerana dugaan dan rintangan selama 7 tahun kami harungi akhirnya sampai jua ke saat di ijab kabulkan.............. aku akan memulakan kehidupan baru sebagai isteri dan kami akan berjanji akan mengharungi segala dugaan hidup ni dengan tabah dan tenang, walaupun kami terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja..... Tabahkan hati kami dengan limpahan rahmat MU.............. AMIN