Sunday, June 20, 2010

Lafaz termeterai, janji diikat... Shah & Adda bersatu....







08062010 Selasa adalah salah satu tarikh yang penting dan terindah dalam hidup ku... dimana pada hari ni aku sah menjadi isteri kepada insan yang tercinta iaitu Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Shamsuri...............

Air mataku gugur saat ayahku yang ku panggil Wan meminta izin untuk menikahkan aku dengan Mohd Shahrul Nizam... aku lantas mengucup tangannya memohon restu... aku lihat wajahnya.. ada air mengalir dikelopok matanya..... mungkin wan sedih untuk melepaskan aku.... huhuhu.... "wan jangan sedih along percaya shah mampu menjaga along sebagaimana wan n ma menjaga dan menyayangi along selama ini.....

Saat mendengar lafaz jawab nikah dan lafaz taklik oleh shah setitis air mataku gugur kerana aku sudah sah bergelar isteri kepadanya... saat bersalaman dengan suamiku... hatiku berasa begitu syahdu kerana dugaan dan rintangan selama 7 tahun kami harungi akhirnya sampai jua ke saat di ijab kabulkan.............. aku akan memulakan kehidupan baru sebagai isteri dan kami akan berjanji akan mengharungi segala dugaan hidup ni dengan tabah dan tenang, walaupun kami terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja..... Tabahkan hati kami dengan limpahan rahmat MU.............. AMIN

No comments:

Post a Comment